Kemalangan boleh berlaku di rumah. 1 Muharram, anak buah kesayanganku jatuh dan terhantuk di tepi almari. Luka sebesar 1" di dahi, darah memancut keluar, semua panik. Dia menangis, tapi sekejap je. Dalam perjalanan ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, dia dah tak menangis lagi. Lasak betul budak ni, tahan sakit. Bila kami diberitahu mengenai insiden itu, kami terus ke hospital ER. Aku minta untuk tengok dia didalam, waktu tu nak buat x-ray. Doktor beri aku kain untuk lap kan darah kat muka dia, tapi dia tak mau sesiapa sentuh muka dia.


Wajah selepas makan ubat tidur dgn Atuk

.
Untuk memudahkan doktor menjahit luka tersebut, dia diberi ubat tidur.. Tunggu punya tunggu, dia tak tidur-tidur. So, doktor pun buat keputusan, balut badan & tangan dia dengan kain, minta ibu & ayah dia pegang, dan ada dua orang lain pembantu perubatan membantu.. Lepas selesai, dia selamba je, macam takde apa-apa...

Esoknya, aku, mak, makcik, nenek & my sister aju ke rumah my second sister untuk lihat dia... Memang tahan lasak budak ni... dia melompat, berlari gembira tengok kami datang..

Comments

Popular posts from this blog

Seven Wonders

Impian Country Resort, Hulu Langat

Muzium Negara & Sepang Goldcoast