Aku rasa cinta suciku hanya khayalan atau fantasi.
Kau yang dulu membahagiakan, tidak mungkin dapat kulupakan.
Aku hanya ingin kau mengerti, aku sengsara, hidup berendam air mata.

Aku tidak mengharap, aku sudah berhenti mengharap.
Harapanku, untuk hidup bahagia

Impianku, untuk hidup berjaya
Keinginanku, untuk hidup sentiasa gembira
Ketahuilah kau, bahawa ketenangan hidup kini ku nikmati.
Semua takdir kuterima dengan redha…
Aku yakin, aku mampu hadapi semua ini..

Walaupun kadangkala air mata menjadi teman dikala ku menghadapNya...

Cintaku kini hanya untuk diriku, keluargaku
Kasih sayangku untuk teman-temanku
Jika ditakdirkan fantasiku menjadi realiti,
Ketahuilah semua itu adalah kehendakNya
Aku dan kau tidak mampu untuk menghalang


Gerimis Senja

Ku terpegun di jendela bila
Hujan gerimis senja
Tak ku lihat dihadapanku
Diriku dalam lamunan
Tiada lain yang ku bayangkan hanya
peristiwa itu
Dosa-dosa yang ku lakukan tetap
mengganggu batin

Tanyaku pada diri
Apakah ini semua cobaan belaka
Kesalku tak berakhir
menduga keyakinan ku kepadaNya

Batinku menjerit
namun tiada suara

Aku cuba menyatukan semua
harapan yang berkecai
Tuhanku, bimbinglah diriku
agar kesal ku hilang
Gerimis sungguh mencengkam
Tiada dapat ku tahan lagi
Sungguh-sungguh tak ku menduga
hingga jadi begini...

Comments

Popular posts from this blog

Buy Bing Ads Coupon - $100 coupon worldwide working

Buy Adwords Coupon Code For India - Spend 500 INR Get 2000 INR

Impian Country Resort, Hulu Langat