good one... guys, jangan tipu, kalau dah janji, tunaikan

Ganti rugi RM72,000 kerana mungkir kahwin
IPOH 27 Ogos
Seorang pengurus sebuah pejabat firma guaman di Teluk Intan dekat sini,
diperintahkan membayar ganti rugi RM72,000 kepada bekas kekasihnya oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana memungkiri janji untuk berkahwin dengan wanita itu, sembilan tahun lalu.

R. Ponnusamy, 41, dikehendaki membayar ganti rugi kepada S. Nagamah, 39, selepas mengahwini gadis lain sedangkan sebelum itu dia berjanji mahu berkahwin dengan bekas kekasihnya itu. Nagamah yang bekerja sebagai kerani di sebuah firma guaman berhampiran pejabat tertuduh di Teluk Intan memfailkan tuntutan ganti rugi itu pada 2002. Wanita itu membuat tuntutan ganti rugi bagi kos malu yang terpaksa ditanggung dan tekanan mental yang dilaluinya akibat berasa ditipu apabila mengetahui bekas teman lelakinya itu sudah berkahwin dengan wanita lain.
Nagamah mendakwa berasa tertipu kerana sudah mengadakan hubungan seks 31 kali dengan bekas kekasihnya itu sepanjang perhubungan mereka antara 1998 dan 2001, malah lelaki itu turut berjanji akan mengahwininya.

Dia membuat tuntutan bagi kehilangan maruah, nama baik dan tindakan lelaki itu menyerangnya pada 11 Julai 2002 serta kos bagi tuntutan saman berkenaan.
Hakim Datuk Mohd. Azman Husin dalam penghakimannya berkata, keputusan itu dibuat berikutan keterangan yang diberikan plaintif (Nagamah) lebih meyakinkan daripada keterangan yang diberikan defendan (Ponnusamy).

‘‘Mahkamah mendapati plaintif berjaya membuktikan tuntutan atas kebimbangan kebarangkalian terhadap defendan dan keputusan itu dibuat selepas mahkamah mengkaji keterangan dan penghujahan bertulis bagi kedua-dua pihak,’’ katanya.
Mengikut tuntutan ganti rugi yang digariskan mahkamah, Nagamah dibayar RM50,000 bagi kemungkiran janji untuk berkahwin, RM20,000 kerana kehilangan maruah, nama dan penyeksaan mental yang dilalui serta RM2,000 kerana diserang lelaki berkenaan. Dia juga mendapat ganti rugi bagi kos tanggungan tuntutan saman yang dibayar mengikut Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Nagamah diwakili peguamnya, S. Muthuveeran manakala defendan diwakili peguam Abdul Malik Mat Judi. Sebelum ini, pada sesi pemeriksaan balas oleh Abdul Malik, Nagamah dalam keterangannya memberitahu mahkamah dia percaya bahawa mereka saling mencintai dan akan berkahwin, malah lelaki itu pernah berkata dia memerlukan masa kerana mengumpul wang untuk melangsungkan perkahwinan
mereka.

Mencintai
‘‘Saya mengadakan hubungan sulit dengannya kerana saya mencintainya. Saya ingat hubungan kami istimewa dan akan berkahwin,’’ katanya dalam perbicaraan kes itu pada 20 November lalu. Nagamah memberitahu mahkamah dia memfailkan tuntutan saman dan menuntut ganti rugi terhadap Ponnusamy kerana ditipu dan bukan kerana wang serta menafikan mempunyai niat buruk ketika mencatatkan tarikh dan tempat setiap kali pasangan itu mengadakan hubungan seks dalam tempoh empat tahun hubungan mereka. Wanita itu juga memberitahu
mahkamah, dia terpaksa mendapatkan rawatan doktor apabila terasa dengung di
telinganya selepas ditampar lelaki berkenaan di pejabatnya pada tahun
2002.

Comments

Popular posts from this blog

Seven Wonders

Impian Country Resort, Hulu Langat

Muzium Negara & Sepang Goldcoast