activity hujung minggu...

Hari Jumaat yang lepas, rakan-rakan sepejabat berkumpul di IOI Mall untuk bermain bowling... Lepas habis waktu kerja, kami pun bertolak ke Puchong.. Hujan mengiringi kami ke sana. (waaaa bahasa...) Masing-masing macam terror main, ada yang tak sangka boleh dapat strike... (mcm aku)... Semua orang kepenatan, maklum lahhhh, usia pun dah meningkat.. Selesai bowling, aku pergi minum dekat Bandar Puteri sampai pukul 12:00 tgh malam... Nak drive balik pun kepenatan, tapi terpaksa balik jugak kan... sampai rumah, guard tegur aku,.. lambat balik... nak je aku cakap, taklah.. kan masih pagi... sibuk pulak dia... Sampai rumah, mandi dan terus tidur, kepenatan...

Hari Sabtu, bangun lewat.. buat breakfast sendiri, French Toast.. (selalunya mak yang buat kan breakfast... tapi semalam, mak tak datang).. Hari ni aku lepak je kat rumah, berkemas, menyapu rumah, mob lantai, etc.. Selesai semua, terus relax, tidur lagi... Petang dalam pukul 6, exercise dgn stepper for 1 hour... Lepas tu mandi dan malam ni ada anugerah era, tapi nak tengok Liverpool vs Everton... so, pilih Liverpool.. Dah bersiap dengan jersey (supporter konon) dan tunggu my partner to arrive... Walaupun Liverpool kalah (teruk), the day was great... Mak datang malam (lepas habis anugerah era lah tu...) nak tidur dengan anak kesayangan dia...

Hari Ahad, bangun lewat jugak... keletihan sangat. I need holiday or just SPA? Mak dah siap kan breakfast... Lepas mandi, terus ke dapur dan breakfast dengan mak. Abah singgah rumah aku untuk mencemarkan rumah ku dengan asap rokok dia... Nasib baik ada air purifier... Keluar je rumah, my neighbour jemput datang makan-makan kat rumah dia pukul 12:00tgh.. tapi aku nak keluar lunchkan, so mak dan my sister mewakili aku ke rumah my neighbour. Aku terus club then lunch kat The Zen dengan my partner. Japs is my fav. Lepas tu terus hantar dia ke Airport... Macam tu lah kalau orang mencari rezeki kat negara orang, naik kapal terbang macam naik bus. Balik dari bandara, change dress and call mak pergi jogging. Kami pergi ke Taman Rakyat, Sri Andalas. Saja nak suruh mak exercise and sweat sikit... asyik duduk rumah je, nanti tak sihat kan.. tapi dia tak lah berlari, jalan je... aku dah jog satu pusingan, boleh jumpa dia lagi... tapi oklah, dia dapat kawan kat sana. Lepas satu jam, baru balik, hantar mak dulu, lepas tu baru balik ke rumah aku. Sampai rumah, mandi, solat maghrib, tengok tv, lipat baju dan berehat.. Ada satu kejadian berlaku... dah jadi habit, aku mesti sapu lotion kat kaki (tapak kaki) sambil tengok tv.. dalam waktu tu nak ke bathroom, tak sedar kaki yang masih licin dan bathroom yang masih basah, aku terus tergelincir dan terduduk.. haha.. sakit yang teramat sangat... nasib baik kepala tak terhantuk kat mana-mana kan. kalau lah terjadi apa-apalah, takde siapa yang akan tahu, only the next morning when mom call and aku tak jawab telefon... Thank God. Kemalangan yang paling kerap berlaku di dalam rumah adalah dalam bilik air... kan?

Comments

Popular posts from this blog

Seven Wonders

Impian Country Resort, Hulu Langat

Muzium Negara & Sepang Goldcoast