Perjalanan kita dalam dunia ini penuh dengan pelbagai dugaan. Kadang-kadang kita terpaksa mengenepikan kebahagiaan kita demi untuk melihat orang yang kita sayang bahagia. Kerana ianya berlaku di bawah alam sedar kita. Sehingga kita lupa apa itu bahagia yang sebenarnya. Tetapi yang sepatutnya, kebahagian kita disisi Allah Yang Maha Esa yang perlu diutamakan. Namun begitu, semuanya telah berakhir yang tinggal kini hanyalah kenangan yang menyinari hidupku. Keperitan cinta kini terlerai dan ku tabahkan hatiku yang luka ini. Tiada lagi tangisan, tiada lagi air mata, yang tinggal hanya memori suka dan duka. Pengalaman yang menjadi pengajaran.
Namun dengan kehendakNya, luka dihati ini sudah terubat kini. Kehadiran Dia menyedarkan aku bahawa, kalau kita hidup dengan penuh ketaqwaan dan keimanan, cinta itu ada dimana-mana. Dia beri ku bahagia, Dia beri ku semangat untuk teruskan impian ku, Dia beri ku kasih sayang dan Dia selalu mengingatkan aku bahawa semua kejadian ini adalah kehendakNya dan sentiasa bersyukur kerana kita berjaya melaluinya. Aku kembali dengan penuh keredhaan dan diredhai…
Alhamdulillah… semuanya berjalan dengan sempurna… Satu saja harapan ku, semoga apa yang ku rancang akan segera menjadi kenyataan. InsyaAllah…

Comments